

seperti pasangan suami isteri yang lain, ummi dan walid tak sabar menanti kelahiranmu ...permata hati kami...sebagai pengikat kasih sayang dan cinta antara kami...sebulan selepas perkahwinan ummi dan walid, ummi disahkan hamil...masa tu walid beriya-iya nakkan anak lelaki dan kata walid, walid nak letak nama Mohd suhail abrar....namun, Allah menduga kami ...kandungan ummi terpaksa digugurkan ketika ianya berusia 12 minggu.....
masa tu ummi dan walid masih tinggal berasingan..ummi duduk di kl dengan pak lang sedangkan walid ketika itu tinggal di raub....hanya Allah sahaja yg mengetahui betapa kecewa nya ummi kerana terpaksa menggugurkan kandungan ummi...ketika di hospital, ummi masuk wad bersalin...bila ade pelawat yg datang menziarahi keluarga mereka di wad tersebut, mereka pelik melihat ummi seorang diri tanpa bayi...beberapa kali pelawat2 tersebut bertanya pd ummi, " dapat anak lelaki ke perempuan?" dan ummi hanya mampu menjawab, kandungan saya terpaksa digugurkan.. kemudian mereka rase bersalah sbb bertanya...tp ummi redha...ummi pasti ade hikmah yg tersembunyi...hati ummi sedih dan terluka, bila malam, ummi mendengar tangisan bayi2 lain yang bersama dengan ibu2 mereka...sdgkan ummi tidur berseorngan tanpa bayi disisi....
2 bulan selepas itu, ummi disahkan hamil semula...syukur pd Allah...kehamilan kali ini ummi jaga bagai minyak yg penuh...walid pun lebih berhati2 menjaga ummi..sehinggakan ummi tidak dibenarkan berkerja untuk 4 bulan yg pertama....kehamilan kali ini lah yang akhrnya melahrkan permata hati ummi yg ummi dan walid namakan ' khaulah al-azwar'...
disebalik namamu yg indah ade kisah agung yang tersembunyi...
khaulah al-azwar merupakan mujahidah yng sangat berani dan berjiwa kental...pd zaman khalid-alwalid, beliau telah mengetuai satu peperangan antara umat islam dgn org kafir rom, ketika itu, umat islam hampr tewas dan mengaku kalah kerana ramai pejuang islam telah syahid...tibe2, datang seorg pejuang Allah yang menaiki kuda dengan pantasnya menewaskan musuh2 Islam...pejuang islam yg ketika itu sudah hampir menyerah kalah akhirnya bangun dan bersemangat untuk meneruskan perjuangan mereka..dan akhrnya , orang-orang kafir rom ketika itu berjaya di tewaskan...khalid al-walid pelik dengan kehadiran pejuang yg berani itu dan lantas bertanya kpd nya" siapakah engkau wahai pejuang Allah?" bukalah kain yang melindungi wajahmu, ku ingin tahu siapakah engkau wahai pejuang yg berani"...tibe2 kedengaran suara gemersik seorng wanita yg menjawab... ana khaulah al-azwar....khalid al-walid dan pejuang2 islam yg lain terkejut kerana mereka tidak menyangka bahawa pejuang yg berani itu rupanya seorang muslimah...
ummi dan walid mempunyai harapan yg besar pd mu sayang...ummi dan walid berazam dan bercita-cita agar dirimu menjadi anak yg solehah, cekal dan berani menegakkan agama Allah...supaya mencontohi keperibadian tinggi khaulah al-azwar..... jangan hampakan ummi dan walid sayang.....khaulah al-azwar
No comments:
Post a Comment